Wasiat-wasiat
Rasulallah SAW untuk pemuda dan pemudi
1. Ikhlaskanlah niat kepada Allah dan hati-hatilah dari riya’ baik dalam
perkataan ataupun perbuatan.
2. Ikutilah sunnah Nabi dalam semua perkataan, perbuatan, dan akhlaq.
3. Bertaqwalah kepada Allah dan ber’azamlah untuk melaksanakan semua perintah
dan menjauhi segala larangan-Nya.
4. Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nashuha dan perbanyaklah istighfar.
5.
Ingatlah bahawa Allah senatiasa mengawasi gerak-gerikmu. Dan ketahuilah bahawa
Allah melihatmu, mendengarmu dan mengetahui apa yang tersirat di hatimu.
6.
Berimanlah kepada Allah, malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan
hari akhir serta qadar yang baik ataupun yang buruk.
7.
Janganlah engkau taqlid (mengikut) kepada orang lain dengan buta (tanpa memilih
dan memilah mana yang baik dan yang buruk serta mana yang sesuai dengan
sunnah/syari’at dan mana yang tidak). Dan janganlah engkau termasuk orang yang
tidak punya pendirian.
8.
Jadilah engkau sebagai orang pertama dalam mengamalkan kebaikan kerana engkau
akan mendapatkan pahalanya dan pahala orang yang mengikuti/mencontohmu dalam
mengamalkannya.
9.
Peganglah kitab al-Quran, Hadits (sunnah) & kitab Riyadhush Shalihin,
bacalah olehmu dan bacakan pula kepada keluargamu, demikian juga kitab Zaadul
Ma’ad oleh Ibnul Qayyim.
10.
Jagalah selalu wudhumu dan perbaruilah. Dan jadilah engkau senantiasa dalam
keadaan suci dari hadast dan najis
11. Jagalah selalu shalat di awal waktu dan berjamaah di
masjid terlebih lagi sahalat ‘Isya dan Fajr (shubuh).
12.
Jagalah selalu shalat berjamaah agar engkau mendapat kemenangan dengan pahala
yang ada pada shalat berjamaah tersebut.
13. Tunaikanlah zakat yang telah diwajibkan dan
janganlah engkau bakhil kepada orang-orang yang berhak menerimanya.
14. Bersegeralah berangkat untuk shalat Jumat
dan janganlah berlambat-lambat sampai setelah adzan kedua kerana engkau akan
berdosa.
15. Puasalah di bulan Ramadhan dengan penuh
keimanan dan mengharap pahala dari Allah agar Allah mengampuni dosa-dosamu baik
yang telah lalu ataupun yang akan datang.
16. Hati-hatilah dari berbuka di siang hari di
bulan Ramadhan tanpa udzur syar’i sebab engkau akan berdosa kerananya.
17. Tegakkanlah shalat malam (tarawih) di bulan
Ramadhan terlebih-lebih pada malam lailatul qadar dengan penuh keimanan dan
mengharap pahala dari Allah agar engkau mendapatkan ampunan atas dosa-dosamu
yang telah lalu.
18. Bersegeralah untuk haji dan umrah ke Baitullah
Al-Haram jika engkau termasuk orang yang mampu dan janganlah menunda-nunda.
19. Bacalah Al-Qur’an dengan mentadaburi
maknanya. Laksanakanlah perintahnya dan jauhi larangannya agar Al-Qur’an itu
menjadi hujjah bagimu di sisi rabmu dan menjadi penolongmu di hari qiyamat.
20. Senantiasalah memperbanyak dzikir kepada
Allah baik perlahan-lahan ataupun dikeraskan, apakah dalam keadaan berdiri,
duduk ataupun berbaring. Dan hati-hatilah engkau dari kelalaian.
21. Janganlah engkau memakai pakaian sutera dan
emas kerana keduanya diharamkan bagi laki-laki.
22. Janganlah engkau menyerupai wanita dan
janganlah engkau biarkan wanita-wanitamu menyerupai laki-laki.
23. Biarkanlah janggutmu kerana Rasulullah:
“Cukurlah kumis dan panjangkanlah janggut.” (HR. Bukhari Dan Muslim)
24. Janganlah engkau makan kecuali yang halal
dan janganlah engkau minum kecuali yang halal agar doamu diijabah.
25. Ucapkanlah "bismillah" ketika engkau
hendak makan dan minum dan ucapkanlah "alhamdulillah" apabila engkau
telah selesai.
26. Makanlah dengan tangan kanan, minumlah
dengan tangan kanan, ambillah dengan tangan kanan dan berilah dengan tangan
kanan.
27. Hati-hatilah dari berbuat kezhaliman kerana
kezhaliman itu merupakan kegelapan di hari kiamat.
28. Janganlah engkau bergaul kecuali dengan orang
mukmin dan janganlah dia memakan makananmu kecuali engkau dalam keadaan
bertaqwa (dengan ridha dan memilihkan makanan yang halal untuknya).
29. Hati-hatilah dari suap-menyuap (kolusi),
baik itu memberi suap, menerima suap ataupun perantaranya, kerana pelakunya
terlaknat.
30. Janganlah engkau mencari keridhaan manusia
dengan kemurkaan Allah kerana Allah akan murka kepadamu.
31. Ta’atilah pemerintah dalam semua perintah yang
sesuai dengan syari’at dan doakanlah kebaikan untuk mereka.
32. Hati-hatilah dari bersaksi palsu dan
menyembunyikan persaksian.
“Barangsiapa yang menyembunyikan persaksiannya
maka hatinya berdosa. Dan Allah maha mengetahui apa yang kalian kerjakan.”
(Al-Baqarah: 283)
33. “Dan ber amar ma’ruf nahi mungkarlah serta
shabarlah dengan apa yang menimpamu.” (Luqman: 17)
Ma’ruf adalah apa-apa yang diperintahkan oleh
Allah dan rasul-Nya , dan mungkar adalah apa-apa yang dilarang oleh Allah dan
rasul-Nya.
34.Tinggalkanlah semua hal yang diharamkan baik
yang kecil ataupun yang besar dan janganlah engkau bermaksiat kepada Allah dan
janganlah membantu seorangpun dalam bermaksiat kepada-Nya.
35. Janganlah engkau dekati zina. Allah
berfirman: “Janganlah kalian mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah
kekejian dan sejelek-jelek jalan.” (Al-Isra’:32)
36. Wajib bagimu berbakti kepada orang tua dan
hati-hatilah dari mendurhakainya.
37. Wajib bagimu untuk silaturahim dan
hati-hatilah dari memutuskan hubungan silaturahim.
38. Berbuat baiklah kepada tetanggamu dan
janganlah menyakitinya. Dan apabila dia menyakitimu maka bersabarlah.
39. Perbanyaklah mengunjungi orang-orang shalih
dan saudaramu di jalan Allah.
40. Cintalah kerana Allah dan bencilah juga kerana
Allah kerana hal itu merupakan tali keimanan yang paling kuat.
41. Wajib bagimu untuk duduk bermajlis dengan
orang shalih dan hati-hatilah dari bermajlis dengan orang-orang yang jahat.
42. Bersegeralah untuk memenuhi hajat
(keperluan) kaum muslimin dan buatlah mereka bahagia.
43. Berhiaslah dengan kelemahlembutan, sabar dan
teliti. Hatilah-hatilah dari sifat keras, kasar dan tergesa-gesa.
44. Janganlah memotong pembicaraan orang lain
dan jadilah engkau pendengar yang baik.
45. Sebarkanlah salam kepada orang yang engkau
kenal ataupun tidak engkau kenal.
46.Janganlah mencela seorangpun dan mensifatinya
dengan kejelekan.
47. Janganlah melaknat seorangpun termasuk
haiwan dan benda mati.
48. Hati-hatilah dari menuduh dan mencoreng
kehormatan orang lain kerana hal itu termasuk dosa yang paling besar.
49. Hati-hatilah dari namimah (mengadu domba),
yakni menyampaikan perkataan di antara manusia dengan maksud agar terjadi
kerosakan di antara mereka.
50. Hati-hatilah dari ghibah, yakni engkau
menceritakan tentang saudaramu apa-apa yang dia benci jika mengetahuinya.
51. Janganlah engkau mengagetkan, menakuti dan
menyakiti sesama muslim.
52. Wajib bagimu melakukan ishlah (perdamaian) di
antara manusia kerana hal itu merupakan amalan yang paling utama.
53. Katakanlah hal-hal yang baik, jika tidak
maka diamlah.
54. Jadilah engkau orang yang jujur dan
janganlah berdusta kerana dusta akan menghantarkan kepada dosa dan dosa
menghantarkan kepada neraka.
55. Bersegeralah untuk bertaubat dari segala dosa dan
imbangilah kejelekan dengan kebaikan kerana kebaikan tersebut akan
menghapuskannya. Dan hati-hatilah dari menunda-nunda.
56. Berharaplah selalu akan ampunan Allah serta rahmat-Nya
dan berbaik sangkalah kepada Allah .
57. Takutlah kepada adzab Allah dan janganlah merasa aman
darinya.
58. Bersabarlah dari segala mushibah yang menimpa dan
bersyukurlah dengan segala kenikmatan yang ada.
59. Perbanyaklah melakukan amal shalih yang pahalanya terus
mengalir meskipun engkau telah mati, seperti membangun masjid dan menyebarkan ilmu.
60. Mohonlah syurga kepada Allah dan berlindunglah
dari neraka.
61. Perbanyaklah mengucapkan shalawat dan salam
kepada Rasulullah.